Kerjaya David_Marshall

Marshall berkhidmat sebagai seorang askar British di Singapura secara sukarela sejurus selepas pendudukan tentera Jerman di Czechoslovakia pada 1938. Marshall menjadi tahanan perang setelah pihak British menyerah kalah kepada Jepun pada 1941.[3] Mengimbas kembali pengalamannya sebagai seorang tahanan perang, beliau berkata:

"Pendudukan Jepun telah mengajar saya sifat rendah diri... Tiga setengah tahun sebagai tahanan perang mengajar saya untuk rendah diri... Sebagai tahanan orang Jepun, saya sedar bahawa ada manusia yang tergamak melakukan perkara-perkara yang tidak berhati perut. Saya boleh berasa marah ataupun bersikap kejam selama lima, sepuluh minit. Tetapi, kezaliman Jepun tiada tandingannya. Sikap tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan begitu terserlah apabila saya menjadi tahanan perang. Saya akur yang saya kenal akan makna kekejaman sebelum ini. Namun, kekejaman yang bersifat kekal dan berpanjangan adalah sesuatu yang saya sendiri tidak pernah alami walaupun di tangan penjajah British. Perkara ini yang membuat saya begitu terkejut kerana sedar bahawa ada juga manusia yang bersikap tidak seperti manusia."

Marshall kemudian muncul sebagai seorang peguam jenayah yang terkemuka di Singapura sehingga mendapat jolokan "Marshall never loses" atau "Marshall tidak pernah kalah". Terkenal dengan kefasihannya berhujah dan keberanian menyampaikan kesnya, Marshal berjaya memenangi 99 daripada 100 kes pembunuhan dalam mahkamah yang pada masa itu mengikuti sistem perbicaraan dengan juri. Kaedah perbicaraan ini dimansuhkan pada 1969 oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama kerana tidak percaya dengan kekuatan sistem itu sambil menggunakan Marshall sebagai contoh.

Rujukan

WikiPedia: David_Marshall http://thinkhappiness.blogspot.com/2006/08/meeting... http://web.archive.org/web/20140216220402/http://t... http://web.archive.org/web/20150203105243/http://w... http://web.archive.org/web/20150207141455/http://o... http://web.archive.org/web/20150318222851/http://e... http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/davi... http://www.nas.gov.sg/archivesonline/article/david... http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SI... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:David_...