Dawn Wells (lahir pada
18 Oktober 1938 di
Reno,
Nevada) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal menerusi watak beliau sebagai Mary Ann Summers di dalam siri komedi
Gilligan's Island, yang telah disiarkan menerusi CBS bermula
1964 sehingga
1967.Wells pernah menuntut di Stephens College di
Columbia,
Missouri, dalam bidang kimia. Beliau kemudiannya berpindah ke
Universiti Washington di
Seattle dan tamat pengajian pada tahun
1960 dengan ijazah dalam teater.Pada
1959, Wells mendapat gelaran Miss Nevada. Selepas berhijrah ke
Hollywood, beliau terbabit sebagai watak pembantu menerusi siri TV seperti 77 Sunset Strip, Maverick, dan Bonanza sebelum mendapat watak sebagai Mary Ann menerusi
Gilligan’s Island..Beliau dan Michael Dante terbabit dalam sebuah filem bebas , "
Winterhawk" (
1975).Hari ini, beliau sedang mengusahakan perniagaan yang berjaya dalam bidang pembuatan pakaian dengan mobiliti yang terhad.Bermula
27 Oktober 1962 sehingga tahun
1967, beliau telah mengahwini Larry Rosen. Untuk masa yang panjang, beliau bersama dengan Tom Irvin.