Daya nukleus kuat, atau pendeknya
daya kuat, atau
saling-tindak kuat, merupakan saling-tindak antara
kuark dan
gluon yang dijelaskan dalam teori
kromodinamik kuantum. Daya saling-tindak ini merupakan sebab zarah-zarah di
nukleus atom bercantum. Daya kuat ini diperantara oleh gluon yang bertindak ke atas kuark dan
antikuark, serta gluon lain sendiri. Saling tindak kuat merupakan saling-tindak yang paling kuat antara empat
saling-tindak asas.Nukleon terdiri daripada
proton, yang ber
cas elektrik positif satu, atau
neutron, yang tidak mempunyai cas elektrik. Oleh itu,
daya elektrik yang menolak di antara proton-proton tidak membenarkannya berkumpul di dalam nukleus, kecuali ada daya yang lain yang lebih kuat yang menariknya.Disebabkan daya ini tidak terasa pada jarak yang jauh, maka daya nukleus kuat ini dikatakan mempunyai julat pengaruh yang kecil, iaitu lebih-kurang saiz nukleus, ataupun lebih-kurang 1 fermi (1 fm, 1 femtometer, 10-15 meter). Dan disebabkan
elektron dan
neutrino tidak terikat ke dalam nukleus, daya nukleus kuat tidak mempunyai pengaruh ke atas elektron atau neutrino.