Gambaran Daya_gerak_elektrik

Alat yang boleh memberikan daya gerka elektrik termasuk sel elektrokimia, peranti termoelektrik, sel suria, fotodiod, penjana elektrik, transformer dan juga penjana Van de Graaff.[6] Daya ini turut dihasilkan secara semula jadi setiap kali turun naik medan magnet berlaku melalui sesuatu permukaan. Pergeseran medan magnet Bumi semasa berlakunya ribut geomagnetik, mengaruh arus dalam grid elektrik kerana garis-garis medan magnet berubah-ubah dan merentasi seluruh konduktor.