Daya_tindak
Daya_tindak

Daya_tindak

Daya tindak (atau koping, dari bahasa Inggeris: copingcode: en is deprecated ) merupakan tindak balas pemikiran dan tingkah laku terhadap seseorang individu dalam mengalami situasi tekanan atau stres yang bertujuan untuk mengatasi masalah atau konflik yang muncul akibat daripada situasi tersebut, sama ada masalah dalaman mahupun luaran.[1][2] Strategi daya tindak juga merupakan salah satu usaha yang konstruktif atau membina penghalang kepada tekanan.[3][4][5] Contoh daya tindak untuk berhadapan dengan rangsanagan stres yang dilakukan oleh golongan kanak-kanak pada kebiasanya ialah menggigit kuku (onikofagi, dari bahasa Inggeris: onychophagycode: en is deprecated ).[6] Keberkesanan usaha untuk tingkah laku daya tindak bergantung pada jenis tekanan, individu, dan keadaan semasa. Tindak balas daya tindak sebahagiannya dikawal oleh personaliti (sifat kebiasaan), tetapi juga sebahagiannya oleh persekitaran sosial, terutamanya sifat persekitaran yang menekankan.[7]