Kerjaya De_Fam

Sebelum bergelar penyanyi, De Fam meupakan penari bersama Funky Fresh Family. Mereka pernah menjadi penari latar untuk beberapa artis terkenal tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Stacy, Altimet dan SonaOne.

Mereka juga pernah terlibat secara langsung dalam penghasilan lirik video lagu popular nyanyian Caprice – Xde Hal Bro dan Jangan Kasi Muka.

Pada tahun 2014, De Fam telah memuat naik video lagu cover mereka yang pertama, Black Widow (penyanyi asal Iggy Azalea dan Rita Ora) yang berjaya mencapai ½ juta tontonan di Facebook dan 100 ribu tontonan di YouTube dalam tempoh satu minggu.

Menerusi lagu “Black Widow”, De Fam berjaya menarik perhatian Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza bagi menyunting mereka sebagai artis di bawah naungan syarikatnya, Tune Studios.

Pada tahun 2015, De Fam akhirnya mengeluarkan single pertama mereka berjudul #Supergirls dan berjaya mencapai 2 juta tontonan selepas 3 bulan dilancarkan.