De_Havilland_Vampire
De_Havilland_Vampire

De_Havilland_Vampire

de Havilland DH.100 Vampire merupakan sebuah pesawat pejuang berenjin jet Britain semasa Perang Dunia II. Pesawat ini merupakan pesawat enjin jet kedua yang ditauliahkan oleh Tentera Udara Diraja semasa perang (pesawat enjin jet pertama adalah Gloster Meteor), Walau bagaimanapun ia tidak digunakan di dalam pertempuran. Vampire telah berkhidmat dengan barisan hadapan skuadron Tentera Udara Diraja sehingga tahun 1955 dan kemudian terus digunakan sebagai pesawat latihan sehingga tahun 1966. Selain Britain, pesawat ini juga digunakan oleh banyak lagi angkatan tentera udara di dunia. Hampir 3,300 buah Vampire telah dibina, suku daripada jumlah ini telah dikeluarkan secara berlesen di negara-negara lain. Rekabentuk Vampire juga dibangunkan menjadi pesawat pejuang-pengebom de Havilland Venom selain versi tentera laut iaitu Sea Vampire.