Produksi Deadpool_(filem)

Pembangunan

Pada bulan Mei 2000, Artisan Entertainment mengumumkan satu perjanjian bersama Marvel Entertainment untuk menerbit bersama, membiaya dan mengedar sebuah filem berdasarkan Deadpool.[17] Pada bulan Februari 2004, New Line Cinema mencuba untuk menerbitkan sebuah filem Deadpool bersama penulis/pengarah, David S. Goyer bekerja untuk filem ini dan Ryan Reynolds sebagai watak utama.[18][19] Walau bagaimanapun, menjelang bulan Ogos, Goyer hilang minat kerana ingin menumpukan projek lain.[20] Pada bulan Mac 2005, 20th Century Fox berminat untuk menggerakan produksi Deadpool selepas New Line Cinema membatalkan projek ini.[21] Studio ini mempertimbangkan spin-off Deadpool ketika awal pembangunan X-Men Origins: Wolverine dengan Reynolds dipilih sebagai watak utama.[18] Selepas kejayaan pembukaan hujung minggu X-Men Origins: Wolverine, studio ini mengumumkan bahawa ia meminjamkan Deadpool kepada penulis-penulis dengan Donner berperanan sebagai seorang penerbit.[22] Rhett Reese dan Paul Wernick telah dilantik untuk menulis skrip pada bulan Januari 2010.[23] Robert Rodriguez menghantar draf awal skrip pada bulan Jun 2010.[24] Selepas rundingan dengan Rodriguez gagal, Adam Berg muncul sebagai calon untuk mengarah.[25] Pada bulan April 2011, Tim Miller telah dilantik sebagai pengarah.[26] Pada bulan September 2014, filem ini diberikan tarikh tayangan pada Februari 12, 2016.[27]

Pemilihan pelakon

Pada bulan Disember 2014, Reynolds telah disahkan akan menyambung wataknya sebagai Wade Wilson / Deadpool.[28] Pada bulan Januari 2015, T. J. Miller dan Ed Skrein berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem ini.[29] Pada bulan Februari 2015, Gina Carano telah dipilih untuk watak Angel Dust manakala Miller dan Morena Baccarin telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan.[3][9] Pada bulan Mac, peranan Miller didedahkan sebagai Weasel[8] manakala Baccarin didedahkan sebagaiVanessa. Kemudiannya pada bulan itu, Brianna Hildebrand telah dipilih untuk watak Negasonic Teenage Warhead.[4][5][10] Pada bulan April, Skrein mendedahkan wataknya sebagai Ajax.[6] Pada bulan Julai, Leslie Uggams mengesahkan bahawa beliau akan melakonkan watak Blind Al.[13] Pada bulan Ogos, Tim Miller mendedahkan bahawa Jed Rees akan melakonkan watak The Recruiter.[14] Daniel Cudmore menolak tawaran untuk menyambung wataknya sebagai Colossus daripada filem-filem X-Men sebelumnya[12] menyebabkan Andre Tricoteux dan Stefan Kapičić dipilih untuk watak itu.[11]

Penggambaran

Fotografi utama bermula pada Mac 23, 2015 di Vancouver, Kanada,[30] dan berakhir pada Mei 29, 2015.[31] Penggambaran semula bermula pada bulan November.[32]

Rujukan

WikiPedia: Deadpool_(filem) http://www.bleedingcool.com/2015/07/11/sdcc-15-sta... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=deadpool20... http://www.darkhorizons.com/news/39741/-deadpool-w... http://deadline.com/2014/12/ryan-reynolds-deadpool... http://www.empireonline.com/features/deadpool-trai... http://www.empireonline.com/features/deadpool-trai... http://www.ew.com/article/2015/03/23/ryan-reynolds... http://www.ew.com/article/2015/07/11/ryan-reynolds... http://www.foxmovies.com/movies/deadpool http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/comic...