Death_Busters

Death Busters (デスバスターズ, Desu Basutāzu) adalah sekumpulan watak fiksyen yang merupakan antagonis utama dalam siri ketiga Sailor Moon yang dicipta oleh Naoko Takeuchi. Adaptasi Inggeris menggelar mereka sebagai "Heart Snatchers" (Peragut Hati) dan "Bureau of Bad Behavior" (Biro Tingkahlaku Jahat).Tujuan utama Death Busters adalah untuk membangkitkan Puan 9 supaya membawa makhluk asing dari dimensi lain, iaitu Pharaoh 90 ke Bumi, yang mana akhirnya membawa kepada kemusnahannya yang disebut Kesunyian. Kumpulan ini diketuai oleh Profesor Soichi Tomoe, dibantu oleh Kaolinite. Mereka mempunya konco-konco bergelar 5 Ahli Sihir untuk menggerakkan rancangan mereka.