Bio Death_Eater

Tugas mereka termasuklah menentang Kementerian Sihir dan Kumpulan Phoenix, dan mengurangkan tentangan oleh mereka yang menentang Voldemort dengan mengancam, menculik, membunuh, mengugut atau mencederakan keluarga mereka terutamanya kanak-kanak. Selepas menyertai, Death Eater harus menyertakan kesetiaan mereka sehingga mati. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada hukuman berat, lazimnya berbentuk siksaan atau kematian.

Semua Death Eater dicapkan Tanda Kuasa Jahat di lengan kiri mereka. Tanda Kuasa Jahat, tanda Voldemort (tengkorak dengan ular terjulur dari mulutnya) akan digunakan untuk memanggil Death Eater - apabila Voldemort menyentuh tanda seorang Death Eater, tanda pada yang laini akan membakar, dan Death Eater akan menjelma terus kepada tuan mereka. Pemakaian biasa bagi Death Eater adalah hitam, jubah berhud dan topeng tengkorak putih yang menutup bahagian atas muka.

Versi filem Harry Potter and the Goblet of Fire menunjukkan Death Eater dengan topeng tengkorak dan berjubah hitam bertudung tajam, menyerupai jubah ahli Ku Klux Klan.

Beberapa anak Death Eater turut bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts - sekolah itu sendiri tidak menyebelahi kumpulan atau pihak mana-mana, walaupun beberapa Pengetua sebelumnya berbuat begitu. Menurut J.K. Rowling, walaupun ahli Slytherin sering berkaitan dengan Death Eater, hanya sedikit sahaja dalam populasi Slytherin dan terdapat juga pelajar yang berkaitan dengan Death Eater dalam Gryffindor, Hufflepuff, dan Ravenclaw.