Simtom Demam_kepialu

Pesakit yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, pesakit boleh mengalami gejala ini secara berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.