Beberapa tahun terakhir ini telah menjadi tahun-tahun paling transformatif dalam hidup saya, dan saya berharap dapat membawa peminat saya dalam perjalanan perkembangan dan jati diri ini melalui muzik dan pengalaman peribadi saya.”
Demi Lovato: Simply Complicated ialah filem dokumentari 2017 tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi, penulis lagu dan pelakon Amerika Syarikat,
Demi Lovato, dikeluarkan di
YouTube pada 17 Oktober 2017 untuk mempromosikan album studio keenamnya
Tell Me You Love Me.
[2][3][4] Versi director's cut filem ini menambah 10 minit tangkapan layar tambahan kemudian dikeluarkan di
YouTube Premium pada Disember 2017.Simply Complicated menceritakan proses rakaman Tell Me You Love Me, mahupun peristiwa dalam kehidupan dan kerjaya Lovato yang sebelum ini tidak pernah didedahkan atau dihebahkan secara meluas, termasuk awal kerjayanya di
Disney Channel dan berbagai masalah peribadi dengan
gangguan bipolar dan ketagihan. Lovato juga mengaku tidak jujur tentang pemulihannya dalam filem dokumentari sebelumnya, Demi Lovato: Stay Strong (2012), dan mendedahkan beliau sebenarnya menggunakan
kokain semasa ditemuramah mengenai pemulihannya untuk filem itu.
[5][6][7][8]