Demonstrasi_mahasiswa_turun_bendera_2011

Demonstrasi mahasiswa turun bendera 2011 diadakan pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 .Seramai 300 [1] mahasiswa IPTA dan IPTS Malaysia berarak dari Masjid Jamek Kuala Lumpur ke perkarangan ibu pejabat UMNO di PWTC. Mereka menyerahkan memorandum membantah AUKU kepada Datuk Saifudin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Saifudin Abdullah turut memberi ucapan menyokong meminda AUKU.[2]Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razak dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) menyerahkan memorandum bantahan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di PWTC kerana di situlah pejabat Presiden UMNO , Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka menuntut agar PM memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total dan kembalikan autonomi kepada universiti. Mereka turut menuntut memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).Jika Parlimen dibubarkan tetapi kerajaan masih tidak memansuhkan AUKU, mahasiswa akan memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum ke-13.Bendera Najib telah diturunkan selama 5 minit dinaikkan bendera SMM dan BEBAS. Setelah ditegur, bendera Najib dinaikkan semula.Bendera lima Perdana Menteri lain yang diletak sebaris tidak dikacau ganggu. Antara mahasiswa yang terlibat ialah mahasiswa UPSI , Adam Adli Abdul Halim.[3] Tindakan menurunkan gambar Najib selaku presiden Umno adalah simbolik kepada hilang percaya anak muda ke atasnya selaku ketua kerajaan.[4]