Demosistō
Demosistō

Demosistō

Demosistō (Cina tradisional: 香港眾志)[9] ialah sebuah organsisasi politik di Hong Kong yang mendokong penentuan nasib sendiri kawasan tersebut. Ia diasaskan pada tanggal 10 April 2016 oleh bekas penggiat dan pemimpin pergerakan politik Scholarism dan beberapa pergerakan pelajar lain berikutan Gerakan Payung yang memainkan peranan penyting dalam tunjuk perasaan hebat dilakukan di kawasan tersebut tahun 2014.[10] Bekas ketua Scholarism iaitu Agnes Chow dan Joshua Wong merupakan pengasas bersama Nathan Law dan Chris Kwok Hei Yiu dari Hong Kong Federation of Students. Wong sendiri mengetuai petubuhan ini memegang jawatan setiausaha agung pergerakan tersebut.