Pembangunan Denel_AH-2_Rooivalk

Projek Rooivalk telah bermula pada awal 1984 di bawah naungan Atlas Aircraft Corporation, kemudian digantikan dengan Denel Aviation. Berhadapan dengan persekitaran semulajadi dalam Perang Sempadan Afrika Selatan, Angkatan Tentera Afrika Selatan yang menyedari akan keperluan untuk memiliki helikopter penyerang khusus, kemudian telah menyusun proses membangunkan pesawat yang bersuaian.

Atlas XH-1 Alpha merupakan prototaip pertama yang terhasil dari program ini. Ia telah dibangunkan berdasarkan kerangka helikopter Alouette III. Enjin dan komponen-komponen dinamiknya asal pada helicopter ini dikekalkan, akan tetapi mengantikan kokpit asal dengan kokpit selari bertingkat dan menambah meriam berkaliber 20 mm pada hidungnya. Konfigurasi bahagian bawah helikopter telah ditukar kepada konfigurasi penyeret ekor. XH-1 telah membuat penerbangan sulung pada 3 Februari 1985. Keputusan ujian sudah cukup untuk menyakinkan Atlas dan Tentera Udara Afrika Selatan bahawa konsep helikopter ini berdaya maju, dan telah membuka pintu bagi membangunkan AH-2 Rooivalk.

Semasa pembangunan AH-2, keputusan dibuat untuk merujuk komponen-komponen dinamik berdasarkan helikopter Aérospatiale Super Puma,[3] yang mana merupakan sebuah helikopter yang lebih besar dan berkuasa. Komponen-komponen ini telah digunakan pada helikopter Atlas Oryx, sebuah helikopter ubahsuai dan tingkat upaya oleh firma tempatan ke atas Aérospatiale Puma.[1]