Deoksugung
Deoksugung

Deoksugung

Deoksugung, juga dikenali sebagai Gyeongun-gung, Istana Deoksugung, atau Istana Deoksu, ialah sebuah kompleks istana yang berdinding di Seoul yang didiami oleh anggota keluarga diraja Korea semasa monarki Joseon hingga pencerobohan Korea oleh Jepun pada tahun 1910. Ia salah satu daripada "Lima Istana Besar" yang dibina oleh raja-raja Dinasti Joseon.[1] Bangunan-bangunannya mempunyai pelbagai gaya, termasuk beberapa kayu sedar Jepun asli, kayu bercat, dan stuko. Sesetengah bangunan dibina dari batu untuk meniru struktur istana barat. Di samping bangunan istana tradisional, terdapat juga taman-taman berhutan, patung Raja Sejong Agung dan Muzium Seni Nasional, yang mengadakan pameran istimewa. Istana ini terletak berhampiran Stesen Dewan Bandar Raya. Deoksugung, seperti "Lima Istana Besar" yang lain di Seoul, sengaja dimusnahkan semasa tempoh kolonial Korea. Pada masa ini, hanya satu pertiga daripada struktur yang ada sebelum penjajahan tersebut masih kekal.[2]Istana Deoksugung adalah istimewa dari banyak-banyak istana di Korea. Ia mempunyai taman moden bergaya barat dan air pancut. Penukaran Pengawal Diraja, di depan Daehanmun (Gerbang), adalah acara yang sangat popular bagi banyak pelancong. Pengawal diraja bertanggungjawab membuka dan menutup pintu istana semasa Dinasti Joseon. Di luar istana pula terdapat jalan yang indah dengan dinding batu.[3]

Deoksugung

Hanja
Hangul
McCune–Reischauer Tŏksugung
Perumian Semakan Deoksugung

Rujukan

WikiPedia: Deoksugung http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://www.koreaherald.com/national/Detail.jsp?new... http://www.lifeinkorea.com/Travel2/seoul/65 http://www.ohmynews.com/nws_web/view/at_pg.aspx?CN... http://www.theseoulguide.com/sights/palaces/deoksu... http://jikimi.cha.go.kr/english/royal_palaces_new/... http://www.visitseoul.net/en/article/article.do?_m... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=D... https://web.archive.org/web/20100612142215/http://... https://web.archive.org/web/20141129063308/http://...