Pembentukan Derg

Pergerakan ini bermula tidak lama selepas revolus yang bergolak pada tahun 1974, terutamanya oleh salah laku askar-askar Briged ke-4 Divisyen Tentera Darat ke-4 Nagelle[1] yang berpunca daripada ketidakpuasan briged tersebut dengan bekalan yang diberikan kepada mereka sehingga menahan komander mereka dan pegawai-pegawai lain.

Sebuah "Jawatankuasa Selenggara Angkatan Tentera, Polis dan Tentera Wilayah" dibentuk sebagai tindak balas kepada ketidakupayaan pemerintah sedia ada bagi menangani kes dahagi dalam kalangan anggota tentera ketika itu.