Watak-watak Devil_May_Cry:_The_Animated_Series

Dante, watak utama judul ini

Dante

Seiyu: Toshiyuki Morikawa

Setengah manusia, setengah syaitan (Half Demon). Bapanya pernah merupakan seorang Kesatria Syaitan, dan anaknya menguruskan servis Pemburu Syaitan, mengambil upah untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib. Dia gemar akan sundae strawberri, pizza, dan sentiasa berhutang.

Trish

Seiyu: Atsuko Tanaka

Seorang syaitan ciptaan Mundus berimejkan ibu Dante, dia menyertai Danter selepas kekalahan Mundus dan menjadi rakan kongsinya. Baru-baru ini dia berputus untuk bekerja sendirian, meskipun Dante memberinya ruang untuk kembali pada bila-bila masa.

Lady

Seiyu: Fumiko Orikasa

Seorang Pemburu Syaitan, berketurunan paderi wanita yang darahnya digunakan Sparda untuk menutup pintu antara dunia manusia dan dunia syaitan. Dante sering berhutang dengannya.

Patty

Seiyu: Fukuen Misato

Seorang gadis kecil yang dijumpai Dante selepas dia dimasukkan ke dalam sebuah keturunan yang kaya. Ini sebenarnya merupakan satu penipuan, dan sejak kebenarannya terbongkar dia menetap bersama-sama Dante, sama ada disukainya ataupun tidak.

Morisson

Seiyu: Akio Ohtsuka

Agen Dante, kadang-kala dia membantunya dengan kerosakan di pejabat Dante.