Devshirme

Devshirme[a] (Bahasa Turki Uthmaniyyah: دوشيرمه, devşirme, adalah satu sistem di mana Empayar Uthmaniyah menghantar pegawai tentera untuk memilih kanak kanak yang berumur sekitar 8 hingga 18 tahun dari masyarakat Kristian di kawasan timur dan selatan Eropah untuk berkhidmat dengan kerajaan. Peraturan ini hanya dikenakan ke atas penduduk Kristian di kawasan Balkan dan Anatolia.Budak-budak lelaki ini akan memeluk Islam dengan objektif utama untuk memilih dan melatih mereka yang berkebolehan untuk dimasukkan ke dalam ketenteraan atau perkhidmatan awam terutamanya Janissari.Devshirme bermula pada pertengahan abad ke 14 semasa pemerintahan Sultan Murad I untuk mengimbangi pengaruh bangsawan Turki yang semakin meningkat.Pada pertengahan abad ke 17, sistem ini secara beransur ansur mula diabaikan. Akhirnya semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmet III, sistem devshirme telah dimansuhkan.