Dewa-dewi_Mesir_purba
Dewa-dewi_Mesir_purba

Dewa-dewi_Mesir_purba

 BDEHIKMNPQRSTUWDewa-dewi Mesir purba merupakan para dewa yang disembah di Mesir purba. Kepercayaan dan upacara yang berhubung kait dengan dewa-dewi ini membentuk teras agama Mesir purba, yang diasaskan dalam prasejarah. Dewa-dewi ini mewakili kuasa dan fenomena alam dan orang Mesir memuja dan memujuk mereka menerusi semah,persembahan dan upacara supaya kuasa-kuasa alam terus berfungsi mengikut maat, yakni keseimbangan semesta. Selepas negeri Mesir diasaskan sekitar tahun 3100 SM, semua perkara ini dikawal oleh raja firaun, yang mengaku dirinya sebagai wakil para dewa dan menguruskan kuil-kuil upacara tersebut dijalankan.Perwatakan dewa digambarkan di dalam mitos-mitos dan hubungan mereka dengan dewa lain: pertalian keluarga, kumpulan dan hierarki mereka, dan gabungan beberapa orang dewa dalam satu. Rupa-rupa dewa yang beraneka ragam dalam seni Mesir purba—dengan rupa haiwan, manusia, benda dan beberapa jelmaan berlainan mereka—turut menunjukkan ciri-ciri mereka secara tidak langsung dengan simbolisme.Dewa yang paling tinggi antara para dewa berbeza-beza mengikut zaman, antaranya dewa matahari Ra, dewa misteri Amun dan dewi ibu Isis. Dewa yang tertinggi biasanya dikatakan sebagai pencipta dunia dan sering dihubungkan dengan matahari kerana telah memberikan kehidupan. Berdasarkan beberapa teks Mesir, sesetengah sarjana berhujah bahawa orang Mesir percaya terdapat satu tuhan yang mengawal semua perkara, termasuklah ke atas semua dewa dan dewi. Walaupun begitu, mereka tidak pernah meninggalkan kepercayaan politeisme mereka, kecuali dalam era Atenisme pada kurun ke-14 SM apabila agama negara ditukarkan untuk menyembah Aten, suatu dewa matahari.Orang Mesir percaya bahawa dewa dan dewi hadir di seluruh alam dan mempengaruhi alam semula jadi dan hidup manusia. Mereka berinteraksi dengan para dewa di kuil-kuil dan keramat untuk tujuan peribadi mahupun hal besar seperti perkara kenegaraan. Orang Mesir berdoa meminta bantuan tuhan, menjalankan upacara supaya dewa bertindak melakukan sesuatu, dan merayu kepada mereka untuk memberi nasihat. Hubungan dengan dewa adalah penting dalam masyarakat Mesir.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Dewa-dewi_Mesir_purba https://archive.org/details/searchforgodinan00assm https://archive.org/details/religioninromane00fran https://archive.org/details/greatgoddessesof00lesk https://archive.org/details/godsofegypt00trau https://archive.org/details/completegodsgodd00wilk... https://escholarship.org/uc/item/9ct397mm https://escholarship.org/uc/item/1456t8bn https://escholarship.org/uc/item/1r72q9vv https://escholarship.org/uc/item/49q0397q https://escholarship.org/uc/item/27v9z5m8