Korban

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Korban (Bahasa Ibrani: קָרְבָּן‎) atau qurban (Bahasa Arab: قربان‎) ialah menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya.