Sejarah Dewan_Bandaraya_Kuala_Lumpur

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

Senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur

Sejak tahun 1972, Kuala Lumpur telah dipimpin oleh 12 orang Datuk Bandar. Jawatan Datuk Bandar diwujudkan bagi menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota selepas ibu kota Malaysia itu menerima penaiktarafan menjadi bandar raya. Datuk Bandar terkini Bandaraya Kuala Lumpur ialah Dato' Nor Hisham Bin A Dahlan. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur:[2]

#Datuk BandarTahun Menjawat
1.Tan Sri Dato' Lokman bin Yusof1972 - 1973
2.Tan Sri Yaacob Latiff1973 - 1983
3.Tan Sri Dato' Elyas Omar1983 - 1992
4.Dato' Dr. Mazlan Ahmad1992 - 1995
5.Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff1995 - 2001
6.Dato' Mohmad Shaid Mohd Taufek2001 - 2004
7.Dato' Ruslin Hasan2004 - 2006
8.Dato' Abdul Hakim Borhan2006 - 2008
9.Dato' Seri Ahmad Fuad Ismail2008 - 2012
10.Dato' Ahmad Phesal Talib2012 - 2015
11.Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz2015 - 2018
12.Dato' Nor Hisham Bin A Dahlan2018 - kini