Sejarah Dewan_Merdeka_(Terengganu)

Pembinaan Dewan Merdeka berlaku pada sekitar tahun 1957 oleh sebuah syarikat perlombongan bijih besi iaitu Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Ianya dibina untuk dijadikan sebagai tempat pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Namun, bangunan tersebut tidak dapat disiapkan mengikut tarikh asal lalu diubah lokasi pengisytiharan ke Padang Astaka di Kuala Dungun. Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah merasmikan Dewan Merdeka selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu pada bulan September 1957.

Pada sekitar tahun 1990an, pertunjukan Bigfoot Pall Mall Action Gear pernah diadakan di sekitar Dewan Merdeka tersebut.[1]