Dewan_Percetakan_Al-Quran_Raja_Fahd

Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd, juga dikenali sebagai Dewan Percetakan Al-Quran Raja Fahd (Bahasa Arab: مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف), ialah sebuah pusat percetakan terletak di Madinah, Arab Saudi yang menerbit al-Quran dalam bahasa Arab dan pelbagai yang lain. Ia merupakan kilang percetakan mushaf al-Quran terbesar di dunia[1]. Syarikat tersebut menghasilkan kira-kira 10 juta salinan al-Quran dalam setahun. Ia mempunyai 1700 pekerja. Ia juga telah menerbitkan 55 terjemahan al-Quran dalam 39 bahasa. Laman sesawang mereka menawarkan Quran Arab, bacaan, penggelintar teks, terjemahan, gambar-gambar manuskrip Quran lama[2] dan juga tafsir.[3] Sejak 1985, Dewa Percetakan telah mengeluarkan lebih daripada 128 juta naskhah al-Quran[4] yang digunakan oleh semua umat Islam. Salinan al-Quran yang asal ditulis dengan tangan oleh seorang jurukhat bernama Uthman Taha.[4]