Asal-usul Dewi_Nut

Nut mengibarkan sayapnya di atas sebuah keranda

Simbol suci Nut ialah tangga yang Osiris gunakan untuk naik ke langit. Simbol tangga ini dipanggil maqet dan ia diletakkan di dalam makam untuk melindungi si mati, dan untuk menyeru bantuan tuhan kematian. Hubungan Nut dan suaminya, Geb, dianggap aneh berbanding kepercayaan agama dunia yang lain. Biasanya bumi dianggap ibu dan langit dianggap bapa, misalnya: agama Melayu lama, Ibu Benua dan Bapa Langit; Hindu, Ibu Pertiwi dan Bapa Indera; Yunani, Gaia dan Uranus, tetapi dalam kepercayaan Mesir purba pula Nut ialah Ibu Langit dan Geb pula Bapa Bumi.[6]

Nut ada dalam hikayat kejadian Heliopolis yang melibatkan beberapa dewi dengan peranan penting: Tefnut ialah dewi kelembapan dan bersenggama dengan Shu (udara) dan kemudian berputerakan Angkasa sebagai dewi Nut, yang bersenggama dengan saudaranya Bumi, yakni Geb. Daripada persetubuhan ini lahirlah antara dewi termasyhur Mesir, Isis, ibunda kepada Horus, yang kisahnya amat penting dalam riwayat suaminya, kisah kebangkitan Osiris. Osiris dibunuh oleh saudaranya Set, dan menyelerakkan anggota badan Osiris di Bumi dengan 14 kerat, yang kemudiannya Isis cari dan sambung semula.