Deşteaptă-te,_române!
Deşteaptă-te,_române!

Deşteaptă-te,_române!

"Deşteaptă-te, române" ( dengarkan (bantuan·maklumat); dapat diterjemahkan sebagai "Bangunlah, bangsa Romania!") merupakan lagu kebangsaan bagi negara Romania.Lirik lagu ini digubah oleh Andrei Mureşanu (1816-1863). Lagu ini ditulis dan disebarkan semasa revolusi pada tahun 1848 dengan nama "Un răsunet", dan dinyanyikan pertama kali di bandar Braşov.[1] Selanjutnya, lagu ini diterima sebagai lagu lambang revolusi dan digantikan namanya kepada "Deşteaptă-te, române".Sejak masa itu, lagu ini, yang mengandungi mesej kemerdekaan dan patriotisme, dinyanyikan semasa terjadinya konflik-konflik di Romania, seperti revolusi Romania 1989. Setelah revolusi itu, lagu ini menjadi lagu kebangsaan, menggantikan lagu kebangsaan pada era komunis, "Trei culori".