Kerjaya Dhea_Annisa

Dhea memulakan kerjayanya di dunia hiburan Indonesia sejak berusia 2 tahun dengan membintangi iklan lampin bayi. Sejak itu, beliau menerima pelbagai tawaran sebagai bintang iklan.[2]

Beliau mendapat nama Imut selepas muncul dalam Tiga Bocah Imut dan sempat merakamkan sebuah album kanak-kanak. Dhea membuat kemunculan sinetron pertamanya menerusi Panji Manusia Millenium. Namanya dalam kerjaya lakonan semakin bersinar setelah membintangi sinetron Bidadari 3. Antara sinetron lain yang telah dibintanginya termasuk Tangisan Anak Tiri, Kehormatan, Penjaga Hati, Mutiara, Hamba-Hamba Allah dan Pacarku Seorang Pelari.

Kali ini, Dhea Imut menukar namanya sebagai Dhea Anissa. Beliau mempunyai pertikaian dengan syarikat penerbitan Indonesia, Sinemart diawal kemuculannya pada 2009 menjadi perbicangan di internet. Sebuah video yang menampilkan seorang wanita mirip Dhea sedang melakukan adegan jahat.[4] Di dalam video ini, beliau dikatakan beradegan seks dengan penerbit SinemArt, Leo Sutanto.[4]

Berita mengejutkan ini membuat ibu Dhea, Rany, kecil hati. Tidak terima dengan perbuatan ini. Akhirnya, Rany melaporkan peristiwa ini kepada pihak berkuasa. Sementara pihak SinemArt tidak menganggap peristiwa ini sebagai hal yang besar, sehingga tidak terlalu memperbesarkan hal ini.[5]

Pada tahun 2016, Dhea menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari, di Korea Selatan.[6]