Sinopsis Dia_Isteriku

Mengisahkan sebuah perkahwinan bahagia Helmi dan Aisyah diuji akibat fitnah yang disebarkan oleh ahli keluarga sendiri. Perkahwinan dengan Helmi satu anugerah tidak ternilai buat Aisyah kerana dia telah melalui kehidupan yang perit bersama bekas suaminya Bahar selama enam tahun bersama.

Bagaimanapun, kebahagiaan itu goyah apabila Elisya iaitu anak Aisyah ketika berkahwin dengan Bahar datang tinggal bersama Helmi dan Aisyah. Elisya yang selama ini tinggal dengan bapanya, Bahar mengalami kejutan budaya apabila tinggal bersama Helmi dan Aisyah.

Sewaktu tinggal dengan bapanya hidupnya agak bebas dan dia tidak ditekankan mengenai hukum hakam agama. Suasana amat berbeza apabila dia datang tinggal dengan Aisyah sekeluarga yang menekankan kehidupan Islamik dan penuh kasih sayang.

Aisyah dan Helmi berusaha membantu Elisya mengubah dan mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati. Keikhlasan, kejujuran dan layanan mesra Helmi terhadap Aisyah dan dirinya, menyebabkan Elisya terpikat dengan bapa tirinya itu.