Dialog_Perkongsian_Pintar_Global_2009

Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 diadakan di Speke Resort, Munyonyo , Kampala, Uganda,Afrika pada 26-28 Julai 2009. Ia disertai 700 orang termasuk 300 ahli perniagaan dan 9 orang presiden. Perasmian dilakukan oleh Presiden Uganda ,Yoweri Museveni.Ini merupakan dialog ke-19 dan buat pertama kali sebuah negara Afrika menjadi tuan rumah kepada dialog ini buat kali kedua. Dialog 2009 merupakan susulan kepada Dialog Munyonyo 2001. Ini tepat pada masanya kerana Presiden Uganda juga merupakan Pengerusi Komanwel. Ia peluang terbaik komuniti Afrika Timur untuk bersuamuka dan berbincang demi pembangunan 'menang-menang'.[1]Dialog Perkongsian Pintar dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di pulau Langkawi semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1995. Dialog ini merupakan pertemuan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara-negara Afrika.Tema kali ini ialah "Ke Arah Dunia Lebih Pintar: Perkongsian Pintar Bagi Merealisasikan Transformasi Sosio-Ekonomi Menerusi Integrasi Serantau".Semua pemimpin boleh berkongsi pandangan dan pengalaman.Ia merupakan satu landasan untuk berinteraksi dan menjalin hubungan dengan anggota rakan perkongsian pintar. Dialog ini bersifat partisipatif, berwawasan dan inovatif dari segi teknologi, dengan hasrat merapatkan jurang antara sektor swasta dengan awam.[2]