Migrasi Diaspora_Tamil

Migrasi awal

Kebanyakanya merupakan cucu-cicit penghijrah yang berhijrah bribu-ribu tahun lalu dan bercampur dengan lain-lain etnik dan selebihnya merupakan penhijrah yang baru migrasi dari Tamil Nadu. Diaspora Tamil masih mengekalkan warisan purba,bahasa dan satera. Ia juga menjadi identiti kepada etnik ini.Kumpulan imigrasi yang terawal yang berhijrah ialah etnik Tamil Muslim yang berhijrah dengan jumlah yang besar ke empayar Kesultanan Melayu Melaka dan memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di Melaka.

Pekerja kerahan British dan Perancis serta lain-lain

Semasa penjajahan British, orang Tamil dibawa berhijrah ke Empayar British lain sebagai pekerja kerahan. Keturunan ini boleh dijumpai di Malaysia, Burma, Singapura, Afrika Selatan, Mauritius, Fiji, Guyana dan Trinidad. Banyak juga dibawa bekerja oleh Empayar Perancis ke RĂ©union. Sekumpulan kecil lagi diupah poleh kerajaan kolonial Belanda untuk berkerja sebagai pegawai kerajaan di Hindia Timur Belanda (Indonesia).Kini lebih kurang 40,000 etnik Tamil boleh dijumpai di Medan.Empayar Britain juga telah mengupah etnik Tamil Sri Langka sebagai pekerja kolar putih (Doktor, Guru, Juruteknik dan Kerani) dan pegawai tertinggi kerajaan, terutamanya di Malaysia dan Singapura.

Abad ke-20

Aliran kembali dari Sri Lanka dan Burma

Semasa dan selepas Perang Dunia 2, sejumlah besar etnik Tamil dari Myanmar melarikan diri ke India.Mereka menubuhkan koloni pelarian Burma yang masih wujud sehingga hari ini dan mengekalkan identiti sebagai pelarian dari Burma.Manakala di Sri Langka, parti nasionalis SLFP menghalau lebih 60,000 orang tamil sri langka ke India. Golongan ini juga masih mengekalkan identiti sebagai pelarian Sri Langka.

Pasca-1983 penghijaraan besar-besaran etnik Tamil Sri Langka

Ramai etnik Tamil Sri Langka telah berhijrah keluar dari Sri Langka kerana peperangan. Kini mereka menjadi salh satu etnik yang berjaya di dunia. Toronto menjadi bandaraya yang mempunyai penduduk etnik Tamil Sri Langka yang terbanyak di dunia ini.

Akhir abad ke-20 dan abad ke-21

Banyak etnik Tamil dari Tamil Nadu, Malaysia dan Afrika Timur berhijrah ke Amerika Syarikat dan eropah sebagai pekerja profesional dan pelajar. Kini, etnik tamil menjadi salah satu etnik yang terbaik di Amerika Syarikat dan Eropah.Etnik ini disenaraikan sebagai Modal Etnioc di Amerika Syarikat.

Rujukan

WikiPedia: Diaspora_Tamil http://www12.statcan.ca/english/census06/data/topi... http://tamilnation.co/diaspora/indonesia.htm http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=t... http://timesofindia.indiatimes.com/nri/us-canada-n... http://tamilo.com/tamil-population-education-29.ht... http://www.censusindia.gov.in/Census_Data_2001/Cen... http://www.statistics.gov.lk/PopHouSat/PDF/p7%20po... http://web.archive.org/20111117100918/timesofindia... http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/ltt... http://murugan.org/research/sivasupramaniam.htm