Dieffenbachia
Dieffenbachia

Dieffenbachia

Keladi ini amat mudah dibiakkan. Hanya dengan keratan batang, pokok baru boleh diperolehi. Walaupun begitu keladi ini kurang menjadi perhatian kerana ia cuma berwarna hijau dan campuran hijau dan putih. Sangat mudah hidup di tanah mahupun di pasu. Di seni laman ia menjadi penambah seri latar belakang.Pokok keladi ini tidak boleh ditanam di kawasan taman permainan kanak kanak lebih lebih lagi meletakkannya di dalam rumah. Jika terkena getahnya akan menyebabkan radang dan bengkak [1][2]. Ia mengandungi dua jenis racun iaitu asid oksalik dan asparagin.Jika tertelan boleh menyebabkan bengkak pada salur pernafasan dan mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan lemas.Contoh:D. seguine