Sejarah Difteria

Pada 1878, anak Ratu Victoria, Puteri Alice dan keluarganya dijangkiti olehnya menyebabkan dua kematian, Puteri Marie dan Puteri Alice sendiri.

Pada 1920-am terdapat sekitar 100,000 hingga 200,000 kes sifteria setiap tahun di Amerika Syarikat, menyebabkan 13,000 hingga 15,000 kematian setiap tahun.[5] Kanak-kanak merupakan bilangan pesakit dan kematian terbesar. Satu daripada wabak diphtheria terkenal merupakan di Nome, Alaska; penghantaran serum pelalian 1925 ke Nome bagi penghantaran antitoksin diphtheria kini diraikan sebagai "Perlumbaan Agung Ehsan ("Great Race of Mercy")".

Salah satu rawatan pertama yang berkesan bagi diphtheria dijumpai pada 1880-an oleh doktor U.S. Joseph O'Dwyer (1841–1898). O'Dwyer membangunkan tiub yang dimasukkan ke dalam leher, dan menghalang mangsa dari tercekik akibat sarung selaput yang tumbuh pada dan menutupi saluran udara. Pada tahun 1884 Friedrich Loeffler menjumpai organisma punca (Corynebacterium diphtheriae.) Pada tahun 1890-an, doktor Jerman Emil von Behring membangunkan antitoksin yang tidak membunuh bakterium, tetapi meneuteralkan racun toksin yang dibebaska oleh bakterium kedalam tubuh. Von Behring mendapati bahawa darah haiwan memiliki antitoksin dalamnya dan dia mengambil darah, menyingkir agen pembekuan dan menyuntiknya ke dalam pesakit. Von Behring diberi anugerah Hadiah Nobel pertama dalam Perubatan bagi peranannya dalam jumpaan tersebut, dan pembangunan rawatan serum bagi difteria. (William H. Park dari Amerika dan Anna Wessels Williams; dan ahli sains Institute Pasteur Emile Roux dan Auguste Chaillou turut secara bebas membangunkan antitoksin difteria pada tahun 1890-an.) Vaksin berjaya pertama bagi difteria dibangunkan pada tahun 1913 oleh Behring. Bagaimanapun, antibiotik bagi diphtheria tidak ada sehingga jumpaan dan pembangunan dadah sulfa.

Ujian Schick, dicipta antara 1910 dan 1911, merupakan ujian bagi menentukan samaada seseorang lemah atau tidak kepada jangkitan difteria. Ujian ini dinamakan sempena penciptanya, Béla Schick (1877–1967), doktor bayi Amerika kelahiran Hungary. Kempen besar-besaran lima tahun diselaras oleh Dr. Schick. Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, 85 juta kepingan risalah diedarkan oleh Syarikat Insurans Metropolitan Life dengan rayuan kepada ibubapa bagi "Selamatkan anak anda dari diphtheria." Vaksin dibangunkan dalam dekad berikut, dan kematian mula menurun dengan banyaknya pada tahun 1924.[8]

Rujukan

WikiPedia: Difteria http://www.phac-aspc.gc.ca/msds-ftss/msds42e.html http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb3122.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic138.htm http://www.emedicine.com/med/topic459.htm http://www.emedicine.com/oph/topic674.htm http://www.emedicine.com/ped/topic596.htm http://scholar.google.com/scholar?hl=en&lr=&safe=o... http://www.healthsentinel.com/graphs.php?id=14&eve... http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/download...