Dikotiledon
Dikotiledon

Dikotiledon

Dikotiledon atau "dikot" ialah sekumpulan tumbuhan berbunga yang bijinya biasa mengandungi daun-daun embrio atau kotiledon. Sebaliknya, tumbuhan-tumban berbunga yang bukan dikotiledon ialah monokotiledon, dan seringnya mempunyai hanya satu daun embrio.Disebabkan penemuan oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma (APG) (Angiosperm Phylogeny Group), monokotiledon kini diterima sebagai tumbuhan yang dievolusi daripada dikotiledon dan oleh itu, dikotiledon kini merupakan sebuah kumpulan parafili. Ini bermakna bahawa dikotiledon tidak lagi dianggap sebagai kumpulan "baik", dan nama-nama "dikotiledon" dan "dikot" tidak lagi digunakan, sekurang-kurangnya dari segi taksonomi. Bagaimanapun, amat banyak dikot dahulu merupakan kumpulan monofili yang dikenali sebagai eudikot atau trikolpat. Ini dapat dibezakan daripada semua tumbuhan berbunga yang lain dengan struktur debunganya. Dikotiledon dan monokotiledon yang lain mempunyai debunga monosulkat atau bentuk-bentuk terbitannya, sedangkan eduikot mempunyai debunga trikolpat atau bentuk-bentuk terbitan, serta debunganya yang mempunyai tiga atau lebih pori yang diatur dalam alur yang digelarkan "kolpi".