Dimensi
Dimensi

Dimensi

Dalam fizik dan matematik, dimensi atau matra ruang atau objek ditakrifkan sebagai nombor minimum koordinat diperlukan untuk menentukan mana-mana titik di dalamnya.[1][2] Maka, satu garisan mempunyai satu dimensi kerana hanya satu koordinat diperlukan untuk menentukan satu titik padanya (contohnya, titik pada 5 di atas satu garisan nombor). Satu permukaan seperti satah atau permukaan silinder atau sfera mempunyai dua dimensi kerana dua koordinat diperlukan untuk menentukan satu titik padanya (contohnya, untuk melokasikan satu titik di atas permukaan sfera kedua-dua garis lintang dan garis bujur diperlukan). Ruang dalam sesebuah kubus, sesebuah silinder atau sesebuah sfera adalah berdimensi tiga kerana tiga koordinat diperlukan untuk melokasikan satu titik di dalam ruang ini.

Rujukan

WikiPedia: Dimensi //scholar.google.com/scholar?q=%22Dimensi%22 //www.google.com/search?&q=%22Dimensi%22+site:news... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Dimen... //www.google.com/search?q=%22Dimensi%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Dimensi%22+... http://www.sixtysymbols.com/videos/dimensions.htm http://mathworld.wolfram.com/Dimension.html http://curious.astro.cornell.edu/question.php?numb... http://www.gutenberg.org/etext/201 http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...