Dimorphos
Dimorphos

Dimorphos

Dimorphos ialah sebuah satelit asteroid kecil yang dijumpai pada 2003. Ini ialah bulan planet minor bagi sistem binari dengan 65803 Didymos sebagai asteroid utama. Setelah dinamakan secara awal sebagai S/2003 (65803) 1 dengan nama-nama tak formal seperti "Didymos B" dan "Didymoon", pihak Kesatuan Astronomi Antarabangsa memberi nama rasmi pada 23 Jun 2020.[3] Dengan diameter 170 meter (560 ka), ini ialah antara objek-objek angkasa terkecil yang diberi nama kekal.[2]Dimorphos ialah sasaran kapal angkasa Double Asteroid Redirection Test (DART) seliaan NASA, sebuah misi yang dilancarkan pada 24 November 2021 dengan jangkaan hentaman dari 26 September hingga 1 Oktober 2022. Misi DART ialah suatu ujian pertahanan planet daripada hentaman asteroid.[4] Sebuah satelit mini, LICIACube oleh Agensi Angkasa Itali akan menangkap gambar hentaman. Sementara itu, misi Hera oleh Agensi Angkasa Eropah akan memerhati asteroid selepas hentaman.[5]

Dimorphos

Dinamakan sempena Perkataan Yunani, "memiliki dua bentuk"[2]
Tempoh orbit 7004429494400000000♠0.4971±0.0004 h
or 7001119300000000000♠11.93±0.01 hr
Sebutan /daɪˈmɔːrfəs/
Paksi semimajor 7003119000000000000♠1.19±0.03 km
Tarikh penemuan 20 November 2003
Nama alternatif S/2003 (65803) 1
Magnitud mutlak (H) 7001213000000000000♠21.3±0.2 (beza dengan primer)[1]
Kesipian 6998500000000000000♠< 0.05
Ditemui oleh Petr Pravec et al.[1]
Satelit bagi 65803 Didymos