Dinasti_Chakri
Dinasti_Chakri

Dinasti_Chakri

Dinasti Chakri (Bahasa Thai: ราชวงศ์จักรี; rtgs: Ratchawong Chakkri, Sebutan bahasa Thai: [râ:t.tɕʰá.woŋ.tɕàk.kri:], merupakan kerabat diraja yang kini memerintah Kerajaan Thailand. Ketua kerabat diraja ini juga merupakan raja negara Thai. Dinasti Chakri telah berkuasa sejak penubuhan Era Rattanakosin dan kota Bangkok pada 1782 setelah berakhirnya pemerintahan Raja Taksin dari Thonburi, apabila ibu negara Siam berpindah ke Bangkok. Dinasti ini ditubuhkan oleh Raja Rama I, seorang ketua tentera Kerajaan Ayutthaya yang berketurunan Cina-Thai dan Mon.Sebelum dinasti ini ditubuhkan, Raja Rama I memegang gelaran Chakri, sebuah gelaran untuk seorang canselor awam (สมุหนายก). Setelah Rama I menjadi raja, baginda sendiri memilih nama "Chakri" untuk dinastinya. Jata dinasti ini terdiri daripada sebuah cakra, Sudarshana Chakra dan tombak bermata tiga, Trisula, senjata kayangan dewa Vishnu dan Shiva. Rakyat Thai percaya bahawa raja mereka merupakan penjelmaan semula dewa-dewa tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Dinasti_Chakri http://www.soravij.com/royalty/overviews/royalhous... http://www.soravij.com/royalty/royaltyindex.html http://www.thaifolk.com/doc/wangnan_e.htm http://www.thailandsworld.com/en/thailand-history/... http://www.thailaws.com/download/thailand/chakridy... http://books.google.co.th/books/about/Thailand_s_P... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2429/04... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2437/04... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2515/A/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chakri...