Dinasti Dinasti_Hammud

Dinasti ini dinamakan bersempena dengan leluhur mereka iaitu, Hammud, berketurunan Idris ibn Abdallah, yang mana merupakan golongan bangsawan dalam kalangan puak Barbar di utara Maghribi.[5] Apabila Sulayman ibn al-Hakam menguasai tanah Andalusia untuk sekutu-sekutu Barbar beliau, dua orang anggota keluarga Hammud telah dijadikan sebagai gabenor di Algeciras, Ceuta dan Tangier. Oleh itu, Hammud berkuasa dan menggawal aliran traffik yang menggunakan Selat Gibraltar, kemudian secara tiba-tiba menjadi sangat berkuasa. Mereka mendakwa bertindak bagi pihak Hicham II yang diturunkan takhta, gabenor Hammud di Ceuta Ali ibn Hammud al-Nasir mara ke Córdoba pada tahun 1016, di mana beliau dijadikan khalifah.

Selepas kejatuhan Córdoba dan perang saudara selepasnya, Hammud adalah sebahagian daripada shi'at al-Barbariya (pecahan Barbar), meskipun masih boleh menuntut gelaran Chorfa. Oleh itu, warisan Barbar mereka ini membolehkan mereka mendapat sokongan nominal daripada para amir Barbar (dan sebahagian besar tentera Afrika Utara), sementara warisan Chorfa mereka membolehkan tuntutan sebagai khalifah diterima oleh ramai para elit Arab dan Andalusia. Pada tahun 1056, khalifah Hammud terakhir diturunkan takhta, hilang wilayah Malaga kepada Zirids dari Granada,[6] yang mana sebelumnya merupakan penyokong penting buat Hammud. Keluarga Hammud kemudian dipaksa untuk tinggal di Ceuta, Maghribi.