Dinasti_Sui
Dinasti_Sui

Dinasti_Sui

Sejarah China
Garis masa sejarah China
Dinasti-dinasti dalam sejarah China
Sejarah bahasa
Sejarah seni
Sejarah ekonomi
Sejarah pendidikan
Sejarah sains dan teknologi
Sejarah perundangan
Sejarah media
Sejarah ketenteraan
Sejarah keluatanDinasti Sui (Bahasa Cina: ; pinyin: Suí cháo; 581-618 M) ialah sebuah dinasti yang menjadi peletak dasar bagi kejayaan Dinasti Tang sesudahnya. Dinasti ini mempersatukan China yang terpecah belah pada Zaman Enam Belas Negara sebelumnya. Terusan Besar China telah dibangunkan pada masa dinasti ini.Dinasti ini cukup pendek kerana hanya terdapat 2 maharaja yang benar-benar memerintah. Maharaja-maharaja berikutnya hanyalah maharaja boneka yang dilantik oleh para jeneral China dan penguasa ketenteraan sebelum akhirnya mereka sendiri mendirikan dinasti sendiri. Li Yuan, sepupu Yang Guang, maharaja dinasti Sui yang kedua, merebut kekuasaan dan mendirikan Dinasti Tang.Empayar ini diasaskan oleh Maharaja Wen dari Sui, ibu negara bagi dinasti Sui adalah Chang'an (yang mana dinamakan semula sebagai Daxing, 581–605) dan kemudian Luoyang (605–618). Maharaja Wen dan Yang membuat pelbagai pembaharuan berpusat, antara yang terkenal adalah sistem kesaksamaan, yang bertujuan untuk mengurangkan ketaksamarataan ekonomi dan meningkatkan produktiviti pertanian; sistem institusi Tiga Jabatan dan Enam Kementerian; dan penstandardan dan penyatuan semula matawang syiling. Mereka juga menyebarkan dan menggalakan ajaran Buddhisme ke seluruh empayar. Menjelang pertengahan dinasti, empayar yang baru bersatu ini memasuki era kemakmuran emas dengan lebihan produk pertanian yang tinggi yang menyokong perkembangan penduduk.