Diners Club

Diners Club International, asalnya ditubuhkan sebagai Diners Club, ialah sebuah syarikat kad kredit yang didirikan pada tahun 1950 oleh Frank X. McNamara, Ralph Schneider dan Casey R. Taylor. Syarikat ini merupakan syarikat kad kredit bebas pertama di dunia.Sejak April 2008, Diners Club International menjadi sebahagian dari rangkaian kad Discover Card, suatu kad keluaran Discover Financial. Bagaimanapun, pemegang lesen Diners Club masih lagi boleh mengeluarkan kad itu, seperti Citibank dan MasterCard.