Dirian tangan (gimnastik)
Dirian tangan (gimnastik)

Dirian tangan (gimnastik)

Dirian tangan (Bahasa Inggeris: handstand) adalah satu kedudukan berdiri tegak tetapi secara songsang, dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara. Kedudukan tangan berjauhan selebar bahu, tetapi terdapat kelainan yang tertentu. Dirian tangan asas mempunyai kaki yang ditegakkan dengan lutut tiada dibengkokkan, tetapi turut mempunyai kelainan yang pelbagai. Untuk mempamerkan satu dirian tangan memerlukan kekuatan badan bahagian atas.Dalam gimnastik, dirian tangan merupakan pergerakan asas, dan perlu dimahiri agar dapat mempelajari pelbagai kemahiran berasaskannya, kerana sebahagian kelainan dirian tangan dilakukan pada setiap perkakasan gimnastik, dan banyak kemahiran menjatuhkan badan melalui kedudukan dirian tangan semasa pelaksanaannya.Dalam yoga pula, dirian tangan dikenali sebagai Adho Mukha Vrksasana (gaya pokok menghadapi ke bawah). Junam dirian tangan merupakan salah satu daripada kategori yang utama dalam junam platform bersaingan yang memerlukan permulaan dengan posisi dirian tangan di atas papan. Tambahan pula, dirian tangan sering digunakan untuk mempersembahkan tarian breakdance, pertandingan kesihatan fizikal, sarkas, gerak akrobatik, kumpulan penyorak, capoeira dan seni silat.