Penghasilan Dirty_Vote

Dirty Vote ialah film kedua Dandhy Laksono yang dilancarkan sempena pilihan raya di Indonesia selepas Sexy Killers pada pilihan raya umum 2019.[3] Menurut Dandhy, beliau terdorong untuk menghasilkan Dirty Vote, di antaranya disebabkan oleh keresahannya atas keputusan Mahkamah Konstitusi pada November 2023 yang menurunkan syarat umur calon wakil presiden.[2][4] Alasan beliau memilih Zainal Arifin, Bivitri, dan Feri sebagai penglipur ialah pengalaman mereka dalam mengurus kes-kes Mahkamah Konstitusi, dan mampu menjelaskan isu perlembagaan kepada khalayak. Beliau juga membantah keterlibatan perusahaan asing dalam mendanai projek filem ini.[5][6]

Sementara itu, Joni Aswira sebagai ketua Society of Indonesian Environmental Journalists (SIEJ) serta penerbit filem ini berkata bahwa Dirty Vote memerlukan sekitar dua minggu bagi penyuntingan, termasuk pengumpulan data dan analisis yang akan dipaparkan para pakar.[7] Beberapa badan bukan untung bekerjasama dalam produksi filem ini, termasuk Aliansi Jurnalis Independen, Greenpeace Indonesia, Indonesia Corruption Watch, Jaringan Advokasi Tambang, Perkumpulan untuk Pemilu dan Demokrasi, dan Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia.[7][8][9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Dirty_Vote https://www.youtube.com/watch?v=RRgLZ66NCmE https://www.youtube.com/watch?v=q7rmVQPosbU https://www.bbc.com/indonesia/articles/c72g1x45gj4... https://nasional.tempo.co/read/1832896/intrik-pemi... https://nasional.tempo.co/read/1832671/nobar-film-... https://nasional.kompas.com/read/2024/02/12/094636... https://www.bloombergtechnoz.com/detail-news/29633... https://www.inilah.com/film-dirty-vote-didanai-pat... https://www.kompas.tv/nasional/484462/film-dirty-v... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202402131003...