Disforia_jantina

Disforia jantina atau disforia gender (gender dysphoria, GD) ialah rasa keresahan yang dialami hasil penetapan jantina dan gender sewaktu kelahiran mereka;[1][2] di mana jantina dan gender yang ditetapkan tidak sama dengan identiti jantina individu terjejas yang dikira sebagai transgender. Kajian kembar yang mendalam menyatakan bahawa individu yang mengaitkan diri kepada gender berlainan daripada yang ditetapkan sewaktu kelahiran mereka akan mengalami rasa resah tidak hanya disebabkan faktor-faktor psikologi atau tingkahlaku, tetapi juga faktor biologi berkaitan genetik mereka mahupun pededahan kepada hormon-hormon tertentu sebelum dilahirkan.[3]Pendekatan psikiatrik terbaik untuk menangani orang-orang yang didiagnos mengalami disforia gender adalah psikoterapi atau dokongan terhadap gender yang diingini individu didiagnos melalui terapi hormon atau melalui pembedahan.[4]

Berkaitan