Distinguished_Service_Medal_(Tentera_Laut_A.S.)
Distinguished_Service_Medal_(Tentera_Laut_A.S.)

Distinguished_Service_Medal_(Tentera_Laut_A.S.)

Navy Distinguished Service Medal atau Pingat Khidmat Cemerlang Tentera Laut ialah anugerah ketenteraan bagi Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat yang telah dizahirkan pertama kalinya pada tahun 1919. Pingat ini dikurniakan bagi mengiktiraf khidmat cemerlang dan sangat berjasa kepada negara Amerika Syarikat semasa berkhidmat dengan tugas atau kedudukan tanggungjawab yang besar.[1] Anugerah Tentera Laut dan Kor Marin ini adalah setaraf dengan Army Distinguished Service Medal, Air Force Distinguished Service Medal, dan Coast Guard Distinguished Service Medal. Navy Distinguished Service Medal pada asalnya lebih kanan dari Navy Cross, sehingga Ogos 1942 apabila susunan keutamaan kedua-dua pingat telah diterbalikkan.[2] Pada masa ini, ia dipakai selepas Defense Distinguished Service Medal dan sebelum Silver Star Medal.[3]