Divisyen_Ke-6_Simpanan_Bavaria_(Empayar_Jerman)

Divisyen Ke-6 Simpanan Bavaria (6. Bayerische Reserve-Division) ialah sebuah unit Tentera Darat Diraja Bavaria, sebahagian daripada Tentera Darat Jerman, dalam Perang Dunia I.[1] Divisyen tersebut telah ditubuhkan pada 10 September 1914 dan disusun pada bulan seterusnya.[2] Divisyen tersebut telah dibubarkan pada tahun 1919 ketika demobilisasi Tentera Darat German selepas Perang Dunia I.Divisyen Ke-6 Simpanan Bavaria telah dikembangkan dan direkrut daripada Kor Pertama dan Kor III Bavaria. Sebagai divisyen simpanan, ia kebanyakannya terdiri daripada askar simpanan yang dipanggil semula. Sebilangan besar sukarelawan perang juga telah diambil masuk. Antara sukarelawan terakhir barangkali perajurit paling terkenal divisyen itu, Adolf Hitler, seorang Gefreiter kelahiran Austria didalam Rejimen Ke-16 Infantri Simpanan Bavaria.