Divock_Origi
Divock_Origi

Divock_Origi

Divock Okoth Origi (lahir 18 April 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang Liverpool dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau adalah anak kepada bekas pemain bola sepak profesional Kenya, Mike Origi.[5][6][7]Origi memulakan kariernya di Lille dan mencatat penampilan profesional pertamanya untuk kelab tersebut pada tahun 2013. Setahun setengah kemudian, beliau ditandatangani oleh Liverpool dengan harga berjumlah £10 juta, yang meminjamkannya kembali ke Lille untuk kempen Ligue 1 musim 2014-15.Setelah berjuang di Liverpool kerana cedera dan menghabiskan setahun pinjaman di kelab Wolfsburg, Origi telah memberi sumbangan penting kepada Liverpool selama musim 2018-19. Antara sumbangan beliau adalah menjaringkan gol kemenangan dalam pertembungan Derby menentang Everton di Anfield pada minit keenam masa kecederaan. Origi juga membantu Liverpool dengan kemenangan Agregat 4-3 semasa menjaringkan dua gol menentang Barcelona dalam perlawanan peringkat separuh akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA. Dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019 menyaksikan Origi menjaringkan gol kedua menentang Tottenham Hotspur ketika Liverpool menang dengan keputusan 2-0. Beliau adalah sebahagian daripada skuad Liverpool yang memenangi kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20, iaitu gelaran Liga Perdana Inggeris yang pertama bagi Liverpool selama 30 tahun.Origi turut membuat penampilan pertama antarabangsa buat pasukan kebangsaan Belgium pada tahun 2014. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Belgium yang mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2014, di mana beliau menjadi pencetak gol termuda dalam sejarah Piala Dunia buat pasukan kebangsaan Belgium.

Divock_Origi

2010 Belgium B15
2011 Belgium B17
2001–2010 Genk
2017–2018 VfL Wolfsburg (Pinjaman)
2014–2015 Belgium B21
2014– Belgium
Tarikh lahir (1995-04-18) 18 April 1995 (umur 25)[2]
Kelab terkini Liverpool
Nombor 27
Nama penuh Divock Okoth Origi[1]
2010–2012 Lille
2010–2011 Belgium B16
Posisi permainan Penyerang / Pemain Sayap[3][4]
2012–2014 Lille
Tempat lahir Ostend, Belgium
Tahun Pasukan
2012–2013 Belgium B19
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)

Rujukan

WikiPedia: Divock_Origi http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://www.futaa.com/football/article/divock-origi... http://www.ligue1.com/ligue1/article/lacklustre-li... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/176384-... http://www.soccerway.com/players/divock-origi/2153... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.lfp.fr/joueur/origi-divock http://www.losc.fr/actualite-foot-lille/ligue-1/b-... http://eu-football.info/_player.php?id=28641 http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/foot...