Djenné
Djenné

Djenné

Djenné (juga Dienné atau Jenne) ialah sebuah pekan bersejarah dan mempunyai kepentingan komersial di Delta Niger Inland di tengah Mali. Ia hanya terletak di barat Sungai Bani (Sungai Niger melalui di barat dan di utara). Ia mempunyai penduduk pelbagai etnik seramai 12,000 (pada 1987). Ia terkenal dengan binaan batu bata lumpur, yang paling dikenali ialah Masjid Besar Djenné, asalnya dibina pada tahun 1220 dan dibina semula pada tahun 1907. Di masa lampau, Djenné merupakan pusat perdagangan dan ilmu, serta telah ditawan beberapa kali sejak penemuannya. Pusat bandar bersejarahnya telah dikenalpasti sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1988. Merupakan sebahagian dari pentadbiran Mopti.