Penerbitan Does_She

Menurut Yuna dalam satu aplikasi pesanan ringkas beliau yang dikirim kepada Malaysiakini, "Does She" dianggap lain daripada yang lain kerana ia dihasilkan melalui kolaborasi dengan penyanyi serta pencipta lagu Korea Selatan, Jay Park.[4]

""Does She" merupakan lagu daripada saya, dan penulis lagu Sam Farrar dari Maroon 5, jadi lagu ini melalui banyak proses untuk sampai ke tahap versi akhir. Saya rasa (beliau) Jay Park sangat berbakat, beliau boleh nyanyi, rap, menari, dan beliau juga ada kredit jalanan di Seoul yang saya rasa sangat bernilai pada seseorang artis,"[4]

Yuna berkata, selain bakat, beliau selesa memilih Park sebagai teman duet kerana keikhlasan dipamerkan beliau semasa menyokong karyanya.[4] Rakaman lagu "Does She" tidak dibuat secara bersama sebaliknya melalui e-mel sahaja. Proses menyiapkan lagu ini ialah antara cabaran paling sukar pernah dihadapinya.[4]