Doggerland
Doggerland

Doggerland

Doggerland ("Tanah Dogger") adalah kawasan daratan purba yang pernah menghubungkan Great Britain dengan daratan Eropah yang kini tenggelam di bawah selatan Laut Utara merangkumi tebing Dogger moden dari pantai timur Great Britain hingga ke Belanda, pantai barat Jerman dan semenanjung Jutland.[1] Ia dibanjiri oleh kenaikan aras laut sekitar 6500-6200 SM, Tinjauan geologi mendapati bahawa ia merupakan habitat yang kaya dengan petempatan dan kegiatan manusia pada zaman Mesolitik,[2] namun kenaikan permukaan laut secara beransur-ansur mengurangkan ia menjadi pulau-pulau rendah sebelum penenggelaman akhirnya barangkali berikutan suatu tsunami disebabkan runtuhan Storegga.[3] Peninggalan petempatan ini mula ditemukan semula pada awal abad ke-20 secara tidak sengaja dari tangkapan kapal-kapal pukat tunda nelayan mendorong pencarian berterusan di kawasan itu yang turut menemukan rangka-rangka haiwan purba serta alat dan senjata prasejarah.[4]

Rujukan

WikiPedia: Doggerland http://geochemistry.usask.ca/bill/courses/Climate/... //doi.org/10.1017%2FS0079497X00002176 //doi.org/10.1080%2F00438240600963031 http://dro.dur.ac.uk/3760/1/3760.pdf http://humanities.exeter.ac.uk/archaeology/researc... https://www.wired.com/2015/11/hunting-for-dna-in-d... https://www.academia.edu/2480682/Mapping_Doggerlan... https://web.archive.org/web/20080409025923/http://... https://www.cambridge.org/core/journals/proceeding... https://www.bbc.co.uk/news/magazine-12244964