Sejarah Doha

Pada tahun 1850, Doha diasaskan dengan nama Al-Bida. Pada 1882, al Rayyan telah membina kubu Al Wajbah, di barat daya Doha. Pada tahun yang sama, Sheikh Qassim telah memimpin tentera Qatar untuk mengalahkan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Bandar tersebut telah dijadikan sebagai ibu negara naungan British di Qatar pada 1916, dan apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1971, Doha terus dijadikan sebagai ibu negara Qatar. Pada tahun 1917, Kubu Al Kout, yang mana terletak di tengah bandar tersebut, telah di bina oleh Sheikh Abdulla Bin Qassim Al-Thani. Pada tahun 1949, ekplorasi minyak telah dijalankan di Qatar. Pada masa kini, Qatar telah menghasilkan lebih 800 000 tong minyak sehari. Pada tahun 1969, sebuah Rumah Kerajaan telah dibuka.

Pada tahun 1973, Universiti Qatar telah ditubuhkan, dan pada tahun 1975, Muzium Negara Qatar telah dibuka di kawasan yang pada asalnya merupakan Istana Pemimpin pada tahun 1912. Stesyen televisyen satelit Al Jazeera Bahasa Arab saluran berita telah mula dipancarkan pada tahun 1996, dengan ibu pejabat dan pusat penyiaran yang terletak di Doha. Kini, bandar yang dikatakan antara yang tercantik di Qatar telah dipimpin oleh Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Rujukan

WikiPedia: Doha http://gallery.lifeonthespot.com/main.php?g2_itemI... http://gallery.lifeonthespot.com/main.php?g2_itemI... http://www.wunderground.com/NORMS/DisplayIntlNORMS... http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... http://www.qf.edu.qa/output/page301.asp https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb15084063c https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb15084063c https://id.loc.gov/authorities/names/n81076793 https://d-nb.info/gnd/4219005-8