Dominion

Dominion (atau jajahan takluk) ialah politi-politi separa merdeka di bawah Mahkota British, yang membentuk Empayar British, bermula dengan Pergabungan Kanada pada 1867.[1][2] Politi tersebut termasuklah Kanada, Australia, New Zealand, Newfoundland, Afrika Selatan, Negara Bebas Ireland dan kemudiannya dari lewat 1940-an iaitu India, Pakistan dan Ceylon (kini Sri Lanka). Pengisytiharan Balfour 1926 mengiktiraf Dominion sebagai "komuniti-komuniti autonomi dalam Empayar British" dan Statut Westminster 1931 mengesahkan kebebasan perundangan penuh mereka.Penggunaan awal dominion merujuk kepada wilayah tertentu pada abad ke-16 dan telah digunakan untuk menerangkan Wales dari tahun 1535 hingga 1801 dan Dominion New England di antara 1686 hingga 1689.